KUCHING - 15 Jun 2025
Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr)Abang Johari bin Tun Abang Openg telah bersetuju untuk membina Tebingan baharu untuk Tebingan Kpg Sejejak dan Tebingan Kpg Paroh yang setiap satunya bernilai lebih kurang RM20 juta bagi kemudahan penduduk kampung dan juga meningkatkan industri eco-pelancongan di kawasan berdekatan.
Beliau berkata demikian ketika memberi ucapan amanat di Majlis Perasmian Penangguhan Regatta Sejijak Tahun 2025 bertempat di Jeti Pengkalan Kampung Sejijak.
Katanya lagi, beliau juga akan mencadangkan untuk membina jalan baharu dari kampung sejijak dan kampung Paroh hingga ke Kpg Segedup melalui Jambatan Tan Sri Dr Sulaiman Haji Daud
Tambahnya lagi, Projek Pembesaran Kampung Sejijak dan Kampung Paroh dengan keluasan tanah sebesar 30 ekar akan diusahankan melalui Projek Perumahan Kerajaan Sarawak seperti di Kampung Segedup.
Berhubung dengan penganjuran Regatta Sejijak, beliau merakamkan syabas dan tahniah kepada pihak penganjur yang telah berjaya mengelola hingga edisi ke 15 tahun.
Turut berucap alu-aluan YB Dato Fazzruddin bin Abd Rahman, ADUN N6 Tupong merangkap Pengerusi Pengelola
Turut hadir sama adalah Datu Ir Ahmad Deni bin Ahmad, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak, Dato Dr Zaidi bin Suhaili, Timbalan Datuk Bandar MBKS, YB Mohamad Farid bin Rabian, ahli Dewan Perwakilan Kapupaten Daerah Sambas, Dayang Juanita Abg Mosrsidi, Residen Bahagian Kuching, Kaunselor Tan Kai, Pengerusi MPP, Datu Awang Zamhari Awg Mahmood, Pengarah Jabatan Tanah dan Survei dan dif-dif kenamaan lain.